Sunday, December 26, 2010

Maher, Maher The Chosen One.

             Kedatangan Maher Zain kali kedua ke Malaysia, mengimbau kembali mengapa dan kenapa Maher terlibat sama dalam terlahirnya al-jannah munasafar!  Hanya menghadiri showcase beliau di MBSA, maka tercetus ilham utk bisnes tudung. Sebenarnya akak ini minat sangat2 kat Maher ni, sbb lagu-lagunya semuanya memuji Allah, bila dengar lagu Maher menyirap darah akak, terutama lagu always be there, bila dia sebut Allahhuakbar2 beberapa kali. 
          
             Dah minat kat Maher so, nak letak nama dia la, kat tudung akak, " MAHEER SCARF" !!
husband akak kata, nanti kena saman dengan Maher baru tau, nak bayar dengan apa, fikir punya fikir , kecut juga akak, so tak jadi. Tapi, dok fikir nak letak nama apa pulak, masa tu dengar lagu "For the rest of my life", ada dia sebut jannah,  maka akak pun letak la, al-jannah (salah satu drp 7 syurga), lepas tu husband akak tambah la munasafar (bermaksud harapan perjalanan).  Itu la sejarah al-jannah munasafar. Walaupun Maher tak bertudung he..he.. tapi peminatnya ramai yg berhijab kan...   
                 
             Kalau2 la Maher terbuka blog akak, nak beli tudung kat wife dia kan,...eem tapi dia tak faham bahasa melayu, oooo tak pa dia guna google translate , kan boleh.....!... sekarang ni tiada yg mustahil . eeeh teringat masa masuk hospital kat Melbourne dulu, akak belasah aje speaking dgn doktor yg merawat akak.!   he..he.. kalau lama lagi kat Melbourne terus tak tau cakap melayu,..he..he..nanti ada yg kata mengada2  menyampah. melalut pulak akak ni. ok bye.                                                    


                                                       CHOOSE ONE !


                                               
                                                   
                                                                    
                    ANAK TUDUNG DIBAWA (BIRU) RM 13
                                    
                                                   TSHPCE0001  RM50
                                                   
                                                            
                                                                             
                                                  



TSHDCA0002  RM50 SOLD
                                                                            
                                                         




                                           TSHDCT0002   RM40  SOLD
                                                 
                                                             
                                                                           
                                        



                                                   TSHPCE0002  RM50
                                                    
                                                          
                                                     
                                           

                                                       

              Perhatian :Tiap2 design hanya terdapat 4 helai sahaja & aksesorinya berbeza2

Wedding..wedding !!, hijab al-jannah menjadi teman setia.

Wedding....wedding disana sini.
                         Akak mendapat beberapa undangan, kemajlis perkahwinan. Makan nasi kenduri memang best, dengan lauk pauk yg sedap, ada pula bubur kacang dan bubur pulut hitam eeemmmm, kain yg dipakai menjadi ketat! . Ok lah, tapi ia tidak menjejaskan hijab al-jannah sudah lah. Akak nak ucapkan jutaan terima kasih byk2 kepada mak su (Shuhada org kanan al-jannah & model ), Sairen (jurufoto , tanpa mu hijab al-jannah tiada di blog), Nadia (akan menjadi orang penting dlm al-jannah ! & model), Nurul (model) thank you.....sayang semuanya.
                         Buat Puan Zaidah, thank you sbb guna kediaman beliau di Bukit Jelutong KL utk photoshoot hari tu. Terima kasih buat mami Faezah  tolong makeup.  Buat Puan Zaidah, Noor, Mahani, Kak Yam, Sarah Rashid, Zura dan ramai lagi sbb support al-jannah, & menjadikan hijab kami, sebagai teman setia di wedding yg anda hadiri.
                          Kepada sahabat2 ku Sue Danish dan Gee terima kasih sbb menjahit, dgn kemas dan teliti. Semoga Allah memperuntukkan rezeki kepada kita semua tanpa henti, dan mendorong kita mengunakan rezeki yang diberi olehNya kejalan yang baik. Amin.


Wednesday, December 22, 2010

al-jannah digayakan dimajlis formal.

TSHPCT0001 (RM 40)
terdapat dlm 3 warna pink, maroon & brown
(yg dipakai di atas maroon, "plain chiffon topaz")


TSHDCT0001(RM40)
terdapat dlm 3 warna ungu, hijau & biru
(yg dipakai di atas ungu, " design chiffon topaz ")
SOLD OUT


Alhamdulilah, segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Nya, dalam pemerosesan bisnes ini. Disini disertakan beberapa photo, hijab al-jannah digayakan di majlis formal dan santai. Buat pengetahuan semua, TSHDCT bermaksud (tudung shawl design chiffon "topaz") jika anda membuat pesanan pastikan kodnya dengan teliti. Shawl chiffon  Alexandrite, Emerald, Sapphire, Fairuz, Opal dan Ruby akan dipamerkan next post. 







TSHDL0002 (RM25)
                                                                        



                                                                     TSHPL0001 (RM25)

terdapat dlm 5 warna merah, pink, ungu, biru muda & biru tua. 
(yg dipakai biru muda, " shawl plain lycra ").


Anda boleh membuat pesanan dengan berhubung terus: Shuhada 0163104341 & Mona 0174992339.

Tuesday, December 14, 2010

Tudung syria dan shawl. Pilih satu untuk koleksi anda.

Berikut adalah tudung2 syria dan shawl keluaran al-jannah. Pihak kami menawarkan harga yg berpatutan sebagai salam perkenalan dan pelancaran produk kami. Harga istimewa ini hingga 31 Dis 2010. Rebutlah  harga yang sangat rendah ini.


Shawl dibawah (TSHCS0005) adalah dari fabric chiffon bermutu, kami namakan ia " sapphire", ia adalah salah satu produk paling exclusive keluaran al-jannah munasafar. Harga asal Rm 90. Enam design shawl akan menyusul, ia terdiri Alexandrite, Emerald, Fairuz, Topaz, Opal dan Ruby.  Manik, batu2 kristal dan aksesorinya berbeza-beza. Kami akan pamerkan kesemunya awal Jan, Insyaallah.  




(sold)

TSHCS0005        RM50
Perhatian: Aksesori pada setiap shawl adalah berbeza.


TSHLD0001      RM25
SOLD



TSHLP0009   RM25
Terdapat 3 warna biru tua,ungu,merah jambu.

SOLD

                                                               
                                                                            
TSYDL0011    RM35
(sold)

TSYDL0006   RM35
                                                                                                             SOLD




TSYDL0007   RM35
Terdapat 2 warna merah jambu dan hijau.

SOLD

TSYDL0008   RM35

sold



TSYPL0003   RM30
Terdapat 4 warna biru tua,ungu,biru muda dan merah.
sold



TSYPL0004   RM30

sold

TSYLD0010   RM35.
sold

Perhatian: Tudung syria dan shawl yang dipamerkan tidak termasuk anak tudung. Pihak al-jannah akan pamerkan anak tudung next post. Pelbagai warna dan design anak tudung yang cantik2....jgn ketinggalan!

Friday, December 10, 2010

Rekaan dan corak

Assalamualaikum. Dalam pemerhatian akak, tudung Syria di pasaran "kebanyakan", tidak menepati piawaian bertudung, akak juga terbeli, apabila di pakai ia pendek dibhg hadapan, tidak menutup dada. Hijab al-jannah, akak pastikan "v"  shape menutup dada sipemakai.
                             Dari segi pemilihan fabrik dan corak. Fabrik Itali dan Korea dari jenis  cotton dan lycra digunakan, corak  modern dan kontemporary dipilih, supaya menepati selera masa kini. Hijab al-jannah (syria "v" shade) mudah dipakai, ringkas dan bergaya. Design comes in two shape, tudung Syria dan shawl. Pihak al-jannah tidak akan membuat semula ( menjahit) dari corak yang sama.!
                            Kami juga memasarkan selendang (shawl) dari jenis kain "chiffon" yang exclusive, dari segi fabrik, warna dan design.  Ianya begitu sesuai dijadikan sebagai hadiah dengan packing (box) yang menarik. Kami menyediakan lebih kurang 7 jenis design  yang cantik, diantaranya ialah Alexandria, Fairus dan Ruby. Boleh digayakan di majlis formal dan tidak formal. "al-jannah memberi ruang untuk bergaya, mengikut imaginasi anda". Wassalam.

Thursday, December 9, 2010

Preview

Assalamualaikum,
Dipersembahkan prebiu (preview) hijab al-jannah munasafar untuk pertama kalinya buat tatapan pengunjung blogspot akak. Terdapat banyak lagi sample hijab al-jannah yang akan dipaparkan di blogspot akak dalam masa yang terdekat. Please come back soon. Wassalam.

Tuesday, December 7, 2010

maal hijrah

Bismillah. Pagi indah Maal Hijrah disambut dgn hujan rahmat ditempat akak. Akak tak berapa sihat, utk berpuasa sunat, maka dibatalkan. Eeem..satu titik permulaan bagi satu bisnes kecil atas nama al-jannah munasafar. Nampak kecil, ianya memerlukan pengorbanan besar, modal dan juga masa.  Banyak yg akak tak tahu dlm bisnes, kini proses pembelajaran bermula dari day 1 umur al-jannah munasafar. Dari comfort zone, akak melangkah dan melakar serta mencabar diri dlm bisnes yg kecil  ini. Kenapa n mengapa ya?. Bila waktu santai akak terlalu terluang, setelah melakukan  rutin harian seperti menyelesaikan kerja rumah, mendengar kuliah seminggu 2 kali, beribadat, memeriksa buku sekolah anak2 (masa sekolah buka nanti ) Semoga Allah terus memberi ruang masa pada akak,  akak mesti gunakan utk sesuatu yg berfaedah pd diri sendiri dan anak2. Yang syoknya, anak akak tanya, nak buat satu tudung berapa meter kain diperlukan, mama?  Secara tidak langsung kami sama2 belajar. Soalan diatas dah terjawabkan, akak ingin belajar sesuatu yg baru. Oh ya, tudung al-jannah munasafar dlm proses persiapan utk dipasarkan..tunggu. Hari ini ada photoshoot di Bukit Jelutung. Doa akak semuanya ok. amin.

Monday, December 6, 2010

al-jannah munasafar

Bismillah. Assalamualaikum. Terima kasih kepada suami tersayang, sbb membenarkan akak bisnes. dah lama hantar borang permohonan, 2010 baru approve. Alhamdullilah. Tercetusnya nak bisnes tudung, mungkin akak bertudung, suka giler kat tudung, x boleh nampak tudung mesti beli. Tapi ada satu sbb yg kelakar n menyimpang jauh dr tudung, sbb suka kat lagu Maher Zain. Lepas balik tengok showcase Maher 15 oct di MBSA Shah Alam. Terus nak bisnes tudung.  Tak ke giler, semangat betul.....cerita seterusnya next episode, mengapa n kenapa Maher Zain terlibat sama tunggu..ok. Oopss tq buat Zura n Azian,  kira orang pertama layari al-jannah munasafar.

Sunday, December 5, 2010

Assalamualaikum,

Salam perkenalan untuk muslimah yang berhijab. Nantikan kemunculan tudung-tudung rekaan terbaru yang eksklusif keluaran munasafar. Berjenama al-jannah, tudung yang akan dihasilkan merupakan tudung Syria 'V shape' yang dipelbagaikan dengan corak-corak menarik dan terkini. Terdapat juga selendang yang dihiasi manik-manik dan sequin yang beranika.