Monday, December 2, 2013

Tempahan Cik Maryam Adila Jusoh

Daripada Terangganu,

shawl chiffon + organza. Kaler maroon, turquoise, Lt purple, Lt Oren, bb blue, Brown n Dr purple.

Pjg - 79"
Lebar - 21"

Thursday, November 28, 2013

SHAWL HALFMOON - LACE

tempahan Datin Nurul Ashikin
USM Penang. Alhamdulilah dah siap.
*** Datin singgah mai ambik naaa..!!

Tuesday, November 26, 2013

Shawl halfmoon - LACE

Tempahan drp Datin Nurul Ashikin
USM PENANG.

Fabric - chiffon

Hiasan  - lace.

Proses mengunting n menampal lace.
Jom intai...!!

Tuesday, November 19, 2013

Wednesday, November 13, 2013

Stokin @ aljannah

Fabric - lycra

Harga - saiz M - rm14
                Saiz S - rm12

Warna - cream n hitam

Pos - rm6.

*** order drp Puan Murni
                        Ipoh Perak.

Monday, November 11, 2013

11.11.1995

Tarikh keramat yg dilakar dlm sejarah hidup.
Jom layan gambar..

Thursday, November 7, 2013

Stokin @ aljannah

Terdapat dua warna hitam Dan cream. Sangat selesa dipakai, tidak jarang Dan tahan lasak ( tidak mudah koyak)

Warna hitam saiz - M n L

Warna cream saiz - M saja..!!

Harga utk saiz M - rm12

Harga utk saiz L - rm14.


Thursday, October 31, 2013

Tempahan inner LACE

Tempahan daripada Puan Zarina Sungai Petani.

3 helai hitam n 3 helai grey.

Proses, jom layan

Wednesday, October 23, 2013

Tempahan Puan Mahani dari Sungai Dua.

Inner lace -

Warna Oren Dan lace hitam
Dan inner ungu serta lace maroon.

Alhamdulilah dah siap, Puan ...sila mai ambik naa...!!

Friday, October 18, 2013

Saturday, October 5, 2013

RESEPI AYAM KAPITAN. (Penang Mari..!!)

Atas permintan daripada kawan2 yg dikasihi maka daku pun mula menulis resepi...

Jom tengok bahan2nya

Seekor ayam dipotong, dibersihkan Dan digoreng sebentar dengan sedikit minyak.


Lebihan minyak tadi digunakan utk menumis Halia, bawang besar yg dikisar.
Tumis juga dengan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkik, buah pelaga.Dan  3 batang Serai yg dititik   
Masukan rempah daging lebih kurang 5 sudu besar, biar garing sebentar letak 1 caw air. Kacau !! Dan masukkan ayam.


Kemudian masukkan 1 caw bawang goreng, Serbuk jintan manis, 3 biji tomato yg dibelah 4,
3 biji bawang besar yg dibelah 4, beberapa cabai hijau Dan merah yg dipotong 2.

Garam secukup rasa. Dan 1/2 caw Kicap manis.

Masak lagi n kacau nampak pecah minyak
Bermakna dah masak n cukup sempurna Dan boleh makan...

** lepas masak hantaq mai umah chek naa bagi chek rasa dulu...hi..hi..!!

Friday, October 4, 2013

AYAM KAPITAN RESEPI ISTIMEWA!!!

Tq kak Mazlina, bagi resepi. Resepi ni mmg sedap..chek dah pernah makan masa kak Mazlina masak di rumah Datin Zaidah.di Bukit Jelutong selangor....masa raya.

Selalu sangat makan masak merah ayam aja jemu nooo...hari ni tukar selera pulak.

La ni chek dok masak siap2 (malam), sbb esok pagi ada mengaji, pas tu chek kena pi sungai petani....tu la masak awai mlm utk (lunch esok)..buat anak2 n boyfren tersayang...kalau esok takut kalut...eee takut tak dan...


AYAM KAPITAN..dok ataih dapoq lagi...chek dah mengantuk ni.....jom tengok dah masak ka belum...

Wednesday, October 2, 2013

Shawl Suria - black.

Tempahan Puan Wan, dr Penang....dekat ja....!!

Fabric - chiffon

Hiasan - manik n jameki

Harga - Rm105.

Pos - Rm6

Sunday, September 29, 2013

Menjahit pearl

Petang minggu, habiskan masa sambil nenjahit...eee x sabaq nak tengok siap...

Tuesday, September 24, 2013

Puisi...untuk mu Syria

Assalamualaikum, semoga aktiviti seharian kita  mendapat kerahmatan drp Allah. Sebenarnya apa yg hendak dikongsikan oleh chek  macam biasa... "puisi"...kan chek ni suka merapu..!!

Setiap kali, chek menyiapkan tudung syria, tersentap jua hati teringatkan umat Islam di Syria!!. Ketenangan tiada lagi disana, mereka sentiasa dirundung kerisauan. Bumi ambiak bermandi darah drp insan yg tidak berdosa...kesian terutama kanak-kanak. Sedih...maka ternukilah puisi ini utk tatapan... Kepada yg sudi..

SIAPA YG BERDOSA...SYRIA!!??

Bau hanyir darah bertebaran dibawa angin ke setiap sudut dunia
Jerit pekik anak-anak kecil berlarian tanpa arah tujuan lagi
Tangisan sendu, ibu dan gadis, merayu belas, tak diindahkan...!!
Pemuda perkasa menyerah nyawa berjuang di bumi mu Syria.

Aku disini, melihat dikaca tv
Dia disana menjengok diFb dan di You Tube.
Engkau bagaimana??
Kamu mengapa berdiam saja !!
Kata mu "kita tak mampu buat apa-apa.!!

Insan muslim, diseksa...dibunuh kejam
Di zalimi..
Mayat-mayat dibakar
Wanita diperkosa
Ditanam hidup-hidup
Dikerat dan dipotong

Manusia durjana itu kehausan darah
Mereka menghirup...darah para syuhada.
Bersimbah darah para syahid, dibumi ambiak ...Dan menjadi debu dengan
Kemusnahan kesan sejarah...dibumi Syria

Aku berdosa
Pada mu Syria
Sebab tidak berdoa...!

Aku membatu
Dia membisu
Kita hanya menunggu dan menunggu
Khabar gembira dari
SYRIA..."semoga sungai darah yang mengalir disana akan  segera kering."!!

*Ya Allah Bantu lah umah Islam diSyria, semoga segera berakhir segala kekalutan dan Keamanan kembali semula. Amin.

Normazalamuna
21.9.2013.
Penang.