Wednesday, September 5, 2012

BANTAL YANG BASAH (wet pillow)

 Assalamualaikum! buat semua wanita, syabas, hasil kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita dibelakang. Tak kurang juga wanita merana disebabkan lelaki, tetapi sang wanita tetap teguh dibelakang lelaki (suami). Walau apa pun cabaran dan dugaanyg datang.  Puisi ini ditulis, sumber pembacaan didada akhbar, di tv, di fb, di You Tube dan lain2 lagi, dalam permerhatian dan penelitian, dan rasa sedih dan pilu, rasa malu dan terhina (kadang2) maka mona lakarkan kisah ini didalam puisi, melihat kisah dua wanita tabah ini tetapi berlainan kisah dan cerita. Lahirlah puisi "BANTAL YANG BASAH", puisi ini tersiar di majalah WANITA mac 2011. Dicalonkan hadiah sastera Utusan.

Biarlah nama dua wanita tabah  dan istimewa ini dirahsiakan, secara ikhlas, berdasarkan kisah hidup mereka  puisi ini tercipta. Teringin juga bertemu 2 wanita tabah ini!! insyaallah, jika diizinkan Allah.

letak  gambaq ni..dok cari gambaq bantai basah,...laaa tak dak pulak!!
 
 
 
Apabila diamati puisi ini, sebenarnya bukan dua wanita ini sahaja yang menghadapi situasi ini, malah ramai lagi mengalami keadaan sebegini.


BANTAL YANG BASAH.


resah hatimu
hanya engkau yang rasa
bantalmu basah melimpah airmata
mengadu padaNya

saat engkau menempuh badai
mengeruh rasa
membawa diri
melari duka

wajah tenang menahan malu
menahan pilu
"betapa hinanya aku di matamu"
hidup diteruskan
dan terpaksa engkau teruskan

engkau rebah di perjalanan
ada yang menahan jerat
ada yang menaruh hasad

engkau keseorangan? tidak!
di sekelilingmu ada anak-anakmu
menongkat semangat
memapah bahu kanan dan kiri

hakikatnya engkau insan biasa
engkau ingin sembunyi luka hatimu
agar tiada siapa yang tahu
bantalmu basah lagi tiap malam hari
mengadu padaNya tiada pernah jemu

engkau menjerit sekuat hati
tiada suara yang kedengaran lagi
engkau dirasuk tak menentu
engkau kembali sedar di bantal basahmu
engkau sedang diduga
engkau dipilih olehNya, wahai adinda
itu tanda sayangNya Dia

pada engkau insan yang hina
untuk meletak martabat kembali mulia
engkau dekat padaNya
bila bantalmu basah menjadi saksi
itu bukti engkau mengadu padaNya lagi
bantal itu basah lagi.



normazalamona
pulau pinang







 

Tuesday, September 4, 2012

kuih tradisional raya


Hampir 2 minggu kita didalam bulan syawal, open house terus rancak di setiap hujung minggu, sampai tak larat nak makan, "makan sampai letih", bukan "letih (lesu) tak makan"..hi..hi itu lah masyarakat di Malaysia, sangat mewah. Alhamdulilah.

 Bercerita mengenai kuih raya, pelbagai nama, macam-macam rupa dan warna, cantik dan menarik, kuih zaman ini. Tetapi tak boleh lawan kuih muih tradisional. Chek adalah pengemar kuih tradisional, seperti pulut kacau(wajik), kuih makmur, kuih sepit, kuih loyang, putu kacang, bahulu dan macam2 lagi. Chek paling suka kuih "BANGKIT KELAPA" jenuh cari, kot2 ada sapa2 juai...tak dak !. Cari resepi sana sini pun tak dak !! sedih. Nak mereka cipta sendiri resepi, chek tak reti silap haribulan kuih tu jadi KUIH TIDOQ KELAPA, teringinnya..telan ayaq liuq aja. Ingat2 lupa resepi kuih bangkit kelapa, pernah tengok arwah opah buat (masa tu chek kecikkk).


tepung ubi digoreng dan dibiar sejuk.
kelapa parut
pati santan
sedikit garam
gula
telur (bubuh ke tidak? tak ingat..

 *sapa2 boleh tolong!!! ooooppss nanti chek pei tanya Azita (blog masammanis)

Chek tak suka n tak pandai buat biskut raya , disini  chek nak kongsi gambaq kuih raya tradisional saja, resepi chek tak tau  Saja syok2..layan....




kuih siput





kuih makmur (yang ni satu-satunya kuih yg chek buat sendiri)






kuih loyang (kuih ros)





rempeyek





dodol

 
 
 
 
agar-agar kering
 






buah rotan

 
 
 
kuih kapit


 
 
 


putu kacang hijau.








kuih bangkit kelapa..finally dapat jugak..









kuih peneram












 

Monday, September 3, 2012

NEW COLLECTION - SHAWL SUMAIYAH (SS)


Assalamualaikum, atas permintaan! untuk semua peminat shawl, terutama para remaja, aljannah munasafar memenuhi citarasa para pengemar Shawl,  pelbagai warna shawl " SHAWL SUMAIYAH" daripada fabric chiffon + organza yg bermutu, sedikit kilauan pd fabric, biru, hijau, pink, oren, turquoise, grey dan banyak lagi.  Insyaallah next month. Sibuk sangat  menyiapkan tempahan tudung. maaf ya..



  

                                                      Shawl Sumaiyah *
                                                                        
                                                                     untuk si gadis  ceria
                                                                       
                                                                       
                                                                                                       
                                                                                                                        @ aljannah munasafar