Hampir 2 minggu kita didalam bulan syawal, open house terus rancak di setiap hujung minggu, sampai tak larat nak makan, "makan sampai letih", bukan "letih (lesu) tak makan"..hi..hi itu lah masyarakat di Malaysia, sangat mewah. Alhamdulilah.
Bercerita mengenai kuih raya, pelbagai nama, macam-macam rupa dan warna, cantik dan menarik, kuih zaman ini. Tetapi tak boleh lawan kuih muih tradisional. Chek adalah pengemar kuih tradisional, seperti pulut kacau(wajik), kuih makmur, kuih sepit, kuih loyang, putu kacang, bahulu dan macam2 lagi. Chek paling suka kuih "BANGKIT KELAPA" jenuh cari, kot2 ada sapa2 juai...tak dak !. Cari resepi sana sini pun tak dak !! sedih. Nak mereka cipta sendiri resepi, chek tak reti silap haribulan kuih tu jadi KUIH TIDOQ KELAPA, teringinnya..telan ayaq liuq aja. Ingat2 lupa resepi kuih bangkit kelapa, pernah tengok arwah opah buat (masa tu chek kecikkk).
tepung ubi digoreng dan dibiar sejuk.
kelapa parut
pati santan
sedikit garam
gula
telur (bubuh ke tidak? tak ingat..
*sapa2 boleh tolong!!! ooooppss nanti chek pei tanya Azita (blog masammanis)
Chek tak suka n tak pandai buat biskut raya , disini chek nak kongsi gambaq kuih raya tradisional saja, resepi chek tak tau Saja syok2..layan....
kuih siput
kuih makmur (yang ni satu-satunya kuih yg chek buat sendiri)
kuih loyang (kuih ros)
rempeyek
dodol
agar-agar kering
buah rotan
kuih kapit
putu kacang hijau.
kuih bangkit kelapa..finally dapat jugak..
kuih peneram
Salam,
ReplyDeleteSaya agak tertarik dengan cerita mengenai biskut tradisional ini. Kalau tidak keberatan, bagaimana sya boleh hubungi Cik/Puan Mona untuk interview? Saya dari Bernama ingin membuat liputan mengenai 'biskut tradisional masih diminati walaupun persaingan dengan biskut2 moden. ini hp saya, 0163355183. Diharp Cik/Puan dapat membantu saya untuk menyiapkan artikel ini.
mualaikumsalam, tq sbb singgah diblog kak. insyaallah kak akan bantu cik sya.
ReplyDelete