Seminggu yg lalu, chek kelang-kabut sbb album picasa penuhh, chek tak reti apa nak buat !!! Pi tanya Umiyumi.. pas tu depa kata pi kat blog Qaseh Honey, dia bulih ajaq..alhamdulilah dah ok dah. TQ Qaseh Honey.
Tapi mood nak update blog teruihhhh menjunam malaihhh...pada hal banyak cerita nak tulis. Pasai Kem Tahfiz Bestari pun ada gambaq aktiviti2 perserta saja ada 90 keping gambaq..tu dia....
Hari penutup di Kem Merbok berdekatan air terjun..oooo cantik !! chek tangkap gambaq pun berlambak. Adoiiii.....
Tempahan tudung datang bertimpa2....mana nak pi beli kain..nak potong dan jahit lepas tu nak jahit manik pulak.!!!! dan New collection Shawl aljannah (renda) pun chek dok jahit, apa pun chek tetap .bersyukur kepada Allah, yg memberi ruang masa utk chek selesaikan dengan baik tanpa mengabaikan tanggunjawab yg lain. N3 kali ni chek nak tunjuk gambaq Kem Merbok. Next N3 baru chek letak gambaq shawl baruuuu...cantik tau...lace..lace..ditepinya.
3 HARI TERAKHIR PESERTA2 KEM TAHFIZ BESTARI BERKAMPUNG DI KEM MERBOK
(hari pertama hingga ke 7 di Madrasah Zubaidiah). Gambar2 di kem Merbok.
nak ke khemah lalu titi ni dulu..au..au..gayat chek..
tu seberang sana khemah2 tersedia menanti
sejukkkk ayaq sungai..teringin nak berendam tak bawak "bikini". kain batik ada la..utk berkemban
oh TIDAKKK no..no..no..
salah satu chalet ada banyak lagi, boh gambaq satu cukup la nooo
khemah ni boleh tidoq 12 orang
jom tengok dalam...ha..ha bantai bucukk2 YG BUCUK BACINNN
nasi tomato yg diletak didalam talam
makan time..bersila berlantaikan rumput n tanah..lepakk gilerr
satu talam 4 orang.. utk menajalinkan rasa kasih sayang. Bila nak makan kena suap kawan dulu..pas tu baru sendiri boleh ngappp, sori x dak gambaq masa suap-suapan..depa malu.
cik adik ni makan sorang sbb. kawan dia,.ada yg dok bermake-up tak abihhh lagi
makan pelan2 adik naaa..sat depa sampai..kesian lapaqqqq
tu dia bag2 depa penuh padang.
ni parent kena pi ambik "SURAT CINTA" kat sini. surat yg ditulis "peserta2" anak chek.tulihhh panjang berjela....baca melelihh ayaq mata...KESEDARAN... syukur harap berterusan, amin
peserta paling muda 8 tahun, hadiah khas utk dia, sbb pandai bawa diri..tak nagiss pun..baguihhh adik ni
penyampaian hadiah kepada peserta yg menghafal 4 surah, 3 surah, 2 surah seperti Surah Yassin, Al-sajjadah, surah al-mulk, surah Waqiah dll. Hebat , walaupun peserta bukan berlatarbelakang sekolah tahfiz...depa boleh hafal...pihak penganjur menggunakan teknik SPECIAL menghafal!! wow berkesan tahniah
anak chek dengan kak "fessi" kesayangannya
anak teruna chek dengan abang "fessi" idolanya
"FESSI2" pulak bukan calang2 ilmunya, ada yg sarjana muda dalam Hadis n alquran, ada yg Usulluddin, macam2 lah,...lepasan, UIA lah, dari Jordan, dari Mesir. aiii....sejuk perut mak depa mengandung!!
tu aja N3 utk kali ni, chek akan sambung lagi, chek nak letak gambaq2 masa aktiviti2 peserta, pihak penganjur memberi 90 keping gambaq aktiviti, utk buat kenangan. Salah satu aktiviti itu ialah, ambik wuduk sambil menyelam, solat didalam hutan berlantaikan tanah. dan Midnight Working.... BERJALAN MELINTASI TANAH PEKUBURAN SAMBIL BERZIKIR...dup..dap..dup..dap..sabaq naaaa. chek dengaq pun takut, tapi hakikatnya kita semua akan kesana.BILA???? ada tarikhnya!!!!
intipati dari pengisian "kem" ini ialah JANGAN TINGGAL SOLAT !!! berusaha menghafal ayat2 Allah dan memahami serta mengrealisasikan dalam kehiduapan. (pekara baik jadikan amalan).
Kalau chek tu, mau menggigil2 naik titi...hehhee
ReplyDeletesalam bibu, tq sbb singgah kat butik aljannah munasafar, chek masa jln kat atas titi tu ketanq lutut..lalu pi mai..pi mai bawak bag la..nasib selamat alhamdulilah
ReplyDelete