Wednesday, February 27, 2013
Friday, February 22, 2013
perasaan
tiada siapa-siapa disini
kecuali diriku
yg keseorangan dan kesunyian
aku dikelilingi, orang-orang yg asing,
bercerminkan
keburukan dan keaiban orang lain
aku dikelilingi, orang-orang yg asing,
hanya
menunding jari
itu tak kena
itu tak betul
tiada siapa-siapa disini
yg sudi bertanya khabar pada ku!
tiada siapa-siapa disini
yg sudi bertanya tentang perasaan ku
sejak aku bertandang,
dianjung ini
mereka tersenyum megah
mengawal dan memberi
arahan demi arahan
perintah demi perintah
tanpa rasa belas!
tiada siapa-siapa disini
yg tahu, perasaan ku didera
tiada siapa-siapa disini yg tahu,
fikiran ku dipalu
diri ku dikawal
kehendak ku disekat
kebebasaan bersuara, dikongkong
setiap langkah ku dalam perhatian dan penilaian
mana kebebasan manusia, untuk memilih yg benar
aku dikurungan indah, yg beracun, membunuh tiap-tiap
jisim perasaan ku dan juga jasad ku
tiada siapa-siapa yg sudi ambil tahu tentang perasaan ku
pada siapa hendak ku mengadu
tiada siapa-siapa yg sudi mendengar,
luahan naluri ku
cerita duka disebalik tirai dunia
tiada siapa-siapa yg mengerti dan simpati
pada PERASAN KU sebagai wanita.
*secebis kisah, dari kehidupan kita (terutama wanita) dari sudut ibu, isteri, anak gadis, pekerja dan juga kedudukan kita didalam masyarakat, kadang-kadang kita merasa pendapat tak dipeduli!. Satu lagi contoh - sebagai ibu, nasihat kepada anak-anak, - tak diindahkan. Pernahkah anda merasa perasaan begitu?
Thursday, February 21, 2013
TEMPAHAN TUDUNG SYRIA UTK KANAK-KANAK
Assalamualaikum, begitu banyak chek terima pertanyaan dari puan2 dan ibu2 sekelian...macamana nak tempah tudung?? Biar chek berterus-terang, mungkin ada sesetengah beranggapan tudung syria @aljannah MAHAL, terpulang kepada masing2. chek tak marah dan ambik hati langsung. Mengapa chek letak harga macam tu.. ada sebab bukan chek suka-suka nak letak lagu tu...
HARGA TUDUNG SYRIA (KANAK-KANAK)
RM30
HARGA ANAK TUDUNG
RM8
BAYARAN POS
RM6.
JIKA TUDUNG SYRIA DITAMBAH MANIK SEPERTI DIBAWAH...
YG NI CHEK AMBIK RM49.90
TUD SYRIA RM30, HARGA MANIK RM9.90 DAN UPAH JAHIT MANIK RM10.
Pasai apa, tudung @aljannah mahal...begini chek beli kain 1 - 2 meter aja..utk buat tudung, chek tak beli bergulung2. Chek beli secara runcit dan bila nak beli chek pastikan kain2 itu cantik dari segi warna, jenis fabric dan corak yg up to date. Bila ada tempahan chek pun pi cari kat kedai...begitulah selalunya berulang alik ke kedai kain, chek tak suka simpan corak yg lama. Chek pi pegang, sentuh letak kat tangan nak pastikan kain tu tak hangat dipakai dan selesa...semua tu chek lakukan sendiri dari a - z itulah prossesnya. sbb tu bila ada yg nak tempah chek akan tanya kat depa, dekat2 rumah ada tak kedai juai tudung, pi tengok dan beli dari kedai yang berdekatan dulu jika ia murah dan berkualiti.
Terus terang chek lebih suka buat tudung, chek boleh tengok orang tu (anak depa la naa) dan ukur lilit muka, chek akan pastikan anak2 depa pakai dengan selesa tanpa nampak besaq sangat atau kecikk tergantung tudung tu...dan tak perlu pakai dengan pin kat bawah dagu utk mengetatkan tudung...!!(takut pin tu tercucuk kat kulit depa..eee kesian)
Disebab itulah agak mahal, bagi sesetengah orang. Apa salahnya ia, kita beli utk anak sebagai hadiah harijadi ka.....kan. Chek juga sedaya upaya menjaga hasil jahitan yg kemas dan cantik....kualiti lah konon...!!
Chek mengambil tempahan disekitar Seberang Jaya Penang...
Tetapi ada juga hajat drp ibu2 yg jauh, yg nak tempah utk anak mereka....chek terimalah jugak.( chek kena tengok gambar kanak2, umur dan warna kesukaannya)
Akhirkata chek mintak ampun dan maaf jika perkataan yg diguna menyinggung perasaan. Chek adalah insan biasa dan kelemahan itu milik kita.
* terima kasih kepada yg sudi singgah dan yg menghantar email, puan zami, ezani afzan, faridah, nurfatimah, ms keledek, zarinaar, suhaini, johanna, cik puan bidadari dan noor. tq...tq..tq...
Monday, February 18, 2013
rinduku meruntun jiwa
anak-anak dah pi sekolah, boyfren dah pi keja...tinggal chek sorang melayan perasaan....sambil minum kopi....(kerja rumah berlambak...curi seruas masa....)
"tikar mengkuang ni"
mencetus rindu......(bukan yg lapiktu !!)
tiba-tiba rindukan seseorang...meruntun jiwa.mengalir airmata..opah..chek rindu sangat kat pah....!!
inilah satu-satunya kerja tangan arwah yg chek simpan dan sayang! tikar mengkuang yg beliau anyam sendiri. Tikar ini hampir 30 tahun, dalam simpanan chek hampir 13 tahun....
Ya Allah, rindu ini meruntun jiwa kepada arwah opah, yang sangat -sangat ku sayang, ampunkan dosa-dosanya, terimalah amalan solat, puasa dan amalan baik beliau.Tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman disisimu. Sesungguhnya Engkau maha pengampun. Amin.
Tuesday, February 12, 2013
HUJAN RENYAI BERTEMANKAN KEK BATIK
Sudah banyak kali chek buat kek batik, bukan apa sbb senanggg sangat nak buat. Kalau kek red velvet ka atau kek snow chesss ka, chek order kat Wattie aja. Selalu buat kek batik tak tayang gambaq pun...kali ni, chek nak tayang....jom makan.
Dipetang syahdu hujan renyai di Penang, makan kek batik dan kopi "O" panas...perghhhh
tak bulih nak berhenti kalau makan kek ni...eeemmm lagu ni macamana badan chek nak kuruihhh..
Monday, February 11, 2013
NASI LEMAK melbourne (coconut rice)
Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
buang emak, buang saudara
kerana kasih, hamba turutkan
tersebutlah kisah......chek pun ikutlah (turutkan) boyfren (sah dah aaihh jadi laki chek naaa.. !!) chek merantau ke Melbourne Australia. Buah tangan yg jadi kenangan nasi lemak telah diubahsuai jadi "nasi lemak melbourne"
pasai apa chek panggil nasi lemak melbourne ! chek tukaq timun kepada LETTUCE! tu la pasai chek panggil NASI LEMAK MELBOURNE. Apabila chek masak aja, nasi lemak....chek dah tak letak timun dahhhh....selalu chek ganti dengan lettuce....(mcm la kat penang tak dak lettuce..!! tu la..!!)
"kekasih" - dah sah jadi suami baru boleh ikut pi mana pun tau..ke langit ka, bulan bintang ka..lautan ka..!!.( Buat renungan adik2 remaja).
sayang selasih hamba lurutkan
buang emak, buang saudara
kerana kasih, hamba turutkan
tersebutlah kisah......chek pun ikutlah (turutkan) boyfren (sah dah aaihh jadi laki chek naaa.. !!) chek merantau ke Melbourne Australia. Buah tangan yg jadi kenangan nasi lemak telah diubahsuai jadi "nasi lemak melbourne"
pasai apa chek panggil nasi lemak melbourne ! chek tukaq timun kepada LETTUCE! tu la pasai chek panggil NASI LEMAK MELBOURNE. Apabila chek masak aja, nasi lemak....chek dah tak letak timun dahhhh....selalu chek ganti dengan lettuce....(mcm la kat penang tak dak lettuce..!! tu la..!!)
"kekasih" - dah sah jadi suami baru boleh ikut pi mana pun tau..ke langit ka, bulan bintang ka..lautan ka..!!.( Buat renungan adik2 remaja).
Tuesday, February 5, 2013
Sunday, February 3, 2013
Friday, February 1, 2013
DUNIA KHAYALAN YANG NYATA
episod ni bermula di bus stop depan hotel.....tunggu bas universal studio, bas ni 1/2 jam satu, lalu depan hotel, nak naik free kena tunjuk pasport, kalau bas ni dah penuh, tak berhenti...kena tunggu lagi satu bas....
episod tunggu menunggu bas.....
dah sampai, wajib ambik gambaq kat sini...
kena beratur nak bergambaq..
singgah breakfast...ada cafe yg menyediakan makanan halal....alhamdulilah
ADEGAN CON-TIANG MUKA !!
con-tiang.. muka kena " bayaq"
dari pintu ke pintu..
ha...ha...SAFARI...amboi nama boyfren chek ada sampai kat sini nooo, ni buat chek jeless ni + bangga jugakkk!!
posing maut..!! hi..hi
JURASSICPARK
BATTLESTAR GALACTICA
episod tunggu menunggu bas.....
dah sampai, wajib ambik gambaq kat sini...
ramainya manusia !!1
kena beratur nak bergambaq..
singgah breakfast...ada cafe yg menyediakan makanan halal....alhamdulilah
ADEGAN CON-TIANG MUKA !!
con-tiang.. muka kena " bayaq"
ha...ha...SAFARI...amboi nama boyfren chek ada sampai kat sini nooo, ni buat chek jeless ni + bangga jugakkk!!
posing maut..!! hi..hi
TRANSFOMER
MUMMY
disekitar sini, ada surau disediakan "kecikk comeii surau tu" alhamdulilah kita boleh solat.
JURASSICPARK
FAR - FAR AWAY
terjumpa 2 beranak ni..terus ambik gambaq
fariygodmother n anaknya !!
kucinnn comeii..rasa nak bawak balik ..tapi tak larat nak bagi makan...
kalau ikan sebakui tak cukuppp..jenuhh..
RUMAH OGER
BATTLESTAR GALACTICA
kat sini pun best...tengok depa berlakon..
ok...dah selesai melawat DUNIA KHAYALAN YG NYATA - DEPAN MATA...kalau nak letak semua gambaq..ada 200 lebih, so chek pilih2 yg comeii. Oh ya episod yg terakhir..chek dok fikiqq nak post ka takmau...it very..very..sensitive !! bila chek tengok gambaq...eee tak tau nak cakap !!
Subscribe to:
Posts (Atom)