Thursday, February 21, 2013

TEMPAHAN TUDUNG SYRIA UTK KANAK-KANAK


Assalamualaikum, begitu banyak chek terima pertanyaan dari puan2 dan ibu2 sekelian...macamana nak tempah tudung?? Biar chek berterus-terang, mungkin ada sesetengah beranggapan tudung syria @aljannah MAHAL, terpulang kepada masing2. chek tak marah dan ambik hati langsung. Mengapa chek letak harga macam tu.. ada sebab bukan chek suka-suka nak letak lagu tu...


HARGA TUDUNG SYRIA (KANAK-KANAK)

RM30


HARGA ANAK TUDUNG

RM8


BAYARAN POS

RM6.


JIKA TUDUNG SYRIA DITAMBAH MANIK SEPERTI DIBAWAH...





YG NI CHEK AMBIK RM49.90

TUD SYRIA RM30, HARGA MANIK RM9.90 DAN UPAH JAHIT MANIK RM10.



Pasai apa, tudung @aljannah mahal...begini chek beli kain 1 - 2 meter aja..utk buat tudung, chek tak beli bergulung2. Chek beli secara runcit dan  bila nak beli chek pastikan kain2 itu cantik dari segi warna, jenis fabric dan corak yg up to date. Bila ada tempahan chek pun pi cari kat kedai...begitulah selalunya berulang alik ke kedai kain, chek  tak suka simpan corak yg lama. Chek pi pegang, sentuh letak kat tangan nak pastikan kain tu tak hangat dipakai dan selesa...semua tu chek lakukan sendiri dari a - z itulah prossesnya. sbb tu bila ada yg nak tempah chek akan tanya kat depa, dekat2 rumah ada tak kedai juai tudung, pi tengok dan beli dari kedai yang berdekatan dulu jika ia murah dan berkualiti.

Terus terang chek lebih suka buat tudung,  chek boleh tengok orang tu (anak depa la naa) dan ukur lilit muka, chek akan pastikan anak2 depa pakai dengan selesa tanpa nampak besaq sangat atau kecikk tergantung tudung tu...dan tak  perlu pakai dengan pin kat bawah dagu utk mengetatkan tudung...!!(takut pin tu tercucuk kat kulit depa..eee kesian)


Disebab itulah agak mahal, bagi sesetengah orang. Apa salahnya ia, kita beli utk anak sebagai hadiah harijadi ka.....kan. Chek juga sedaya upaya menjaga hasil jahitan yg kemas dan cantik....kualiti lah konon...!!


Chek mengambil tempahan disekitar Seberang Jaya Penang...
Tetapi ada juga hajat drp ibu2 yg jauh, yg nak tempah utk anak mereka....chek terimalah jugak.( chek kena tengok gambar kanak2, umur dan warna kesukaannya)

Akhirkata chek mintak ampun dan maaf jika perkataan yg diguna menyinggung perasaan. Chek adalah insan biasa dan kelemahan itu milik kita.


* terima kasih kepada yg sudi singgah dan yg menghantar email, puan zami, ezani afzan, faridah, nurfatimah, ms keledek, zarinaar, suhaini, johanna, cik puan bidadari dan noor. tq...tq..tq...

No comments:

Post a Comment