Menu utk berbuka puasa. 2nd time buat...yg bahagian atas mmg sedap...puji ciki naaa.!!
RESEPI SERI MUKA ( kalau makan makin berseri muka dan awet muda...boleh percaya?? kena cuba naa!! jom tengok resepi mudah...chek olah sendiri.....ikut tekak sendiri.
UNTUK PULUT
11/2 cawan pulut susu (lembut n wangi)
direndam lebih kurang 2 jam.
2 cawan santan kemudian kukus sampai lembut.
sedikit garam.
BAHAGIAN ATAS (KEPALA)
5 sudu "makan" tepung gandum
2 sudu "makan" tepung jagung
2 biji kuning telur
gula ikut suka nak manis letak la banyak (chek letak 1/2 cawan..tu dia...maniahh..)
1/2 cawan air pati daun pandan yg dimesin drp 5 -6 helai daun pandan
(nak lebih hijau tambah perwarna hijau)
*semua masuk kedalam pengisar...kisar...kisar..
dah tu pulut yg dikukus ditekan cantik2 n mampat... kemudian tuang bahan yg dikisar tadi diatas pulut dan kukus lebih kurang 20 minit atau lebih (sehingga masak)
*kalau suka bahagian atas lebih keras tambah tepung !!
No comments:
Post a Comment