Sunday, September 29, 2013

Menjahit pearl

Petang minggu, habiskan masa sambil nenjahit...eee x sabaq nak tengok siap...

Tuesday, September 24, 2013

Puisi...untuk mu Syria

Assalamualaikum, semoga aktiviti seharian kita  mendapat kerahmatan drp Allah. Sebenarnya apa yg hendak dikongsikan oleh chek  macam biasa... "puisi"...kan chek ni suka merapu..!!

Setiap kali, chek menyiapkan tudung syria, tersentap jua hati teringatkan umat Islam di Syria!!. Ketenangan tiada lagi disana, mereka sentiasa dirundung kerisauan. Bumi ambiak bermandi darah drp insan yg tidak berdosa...kesian terutama kanak-kanak. Sedih...maka ternukilah puisi ini utk tatapan... Kepada yg sudi..

SIAPA YG BERDOSA...SYRIA!!??

Bau hanyir darah bertebaran dibawa angin ke setiap sudut dunia
Jerit pekik anak-anak kecil berlarian tanpa arah tujuan lagi
Tangisan sendu, ibu dan gadis, merayu belas, tak diindahkan...!!
Pemuda perkasa menyerah nyawa berjuang di bumi mu Syria.

Aku disini, melihat dikaca tv
Dia disana menjengok diFb dan di You Tube.
Engkau bagaimana??
Kamu mengapa berdiam saja !!
Kata mu "kita tak mampu buat apa-apa.!!

Insan muslim, diseksa...dibunuh kejam
Di zalimi..
Mayat-mayat dibakar
Wanita diperkosa
Ditanam hidup-hidup
Dikerat dan dipotong

Manusia durjana itu kehausan darah
Mereka menghirup...darah para syuhada.
Bersimbah darah para syahid, dibumi ambiak ...Dan menjadi debu dengan
Kemusnahan kesan sejarah...dibumi Syria

Aku berdosa
Pada mu Syria
Sebab tidak berdoa...!

Aku membatu
Dia membisu
Kita hanya menunggu dan menunggu
Khabar gembira dari
SYRIA..."semoga sungai darah yang mengalir disana akan  segera kering."!!

*Ya Allah Bantu lah umah Islam diSyria, semoga segera berakhir segala kekalutan dan Keamanan kembali semula. Amin.

Normazalamuna
21.9.2013.
Penang.


Sunday, September 22, 2013

Buah apa??

Nampak macam buah setaq atau sebelah selatan panggil buah remia..BUKAN buah setaq naaa...ni buah Mata kucing (Logan)

Sangat berbeza dengan buah Mata kucing yg biasa....ni buah Mata kucing "Brazil". Ditanam di Juru...rasa sedikit tawar (sesuai utk yg tak suka manisss)  isinya sedikit kekuningan dan bijinya besar dan membujur.

Kulinya sangat keras... .kalau nak kupas kena ketok2 dgn mengunakan sesuatu spt anak lesung batu ka, atau apa2 la naa... janji pecah kulitnya.

Nak rasa...mai la....!! 

Saturday, September 21, 2013

Proses mengunting - lace.

Selesai sudah mengunting. Cuma utk menampal dan seterusnya menjahit pearl di fabric.

Tempahan shawl halfmoon

Untuk majlis akadnikah, aljannah munasafar dan kerjasama "bersama" arinass collection (Datin Nurul ashikin)

Semoga Allah memberi ilham dan ruang waktu. Amin.

Thursday, September 19, 2013

Alhamdulilah..dah siap.!! Fly to Singapore!!

Tempahan Puan Hafiza. Insyaallah Chek akan pos hari ni ..paling lewat esok.

Berdoa akan sampai dengan selamat sebelum 29 Sept. Insyaallah.

Sentuhan terakhir.

Tudung syria tempahan Puan Hafiza Dr Singapore.

Proses menjahit batu kristal warna maroon n grey....eemmm menarik..!!



Wednesday, September 18, 2013

Tempahan tudung syria kristal

Dari Singapore, oleh Puan Hafiza.

Proses menjahit, lepas ni ...jahit batu kristal ...semoga Allah memberi ruang masa...amin.

Tuesday, September 17, 2013

Kuih Bakar Pandan.

Tq, ditujukan khas utk umiyumi our life in Perth. Chek ikut resepi dr blog beliau.

Kuih ni, utk minum petang n juga utk dibawa ke "majlis mensyuarat tingkap" sat gi pukui 6 ptg. Topik...kenduri kecikkk utk majlis korban...utk julung kalinya dikendalikan oleh...kita2 aja...persatuan penduduk"


Resepi.


2 caw tepung gandum

1caw gula

1 caw air yg dikisar dgn daun pandan.

3 biji telur

2 1/2 caw santan (450 ml)

Sedikit garam.

Sedikit pewarna hijau

2 sudu butter

Kesemua bahan tadi dimasukkan dlm pengisar n kisar.

Sapu loyang dgn sedikit butter, masukkan adunan tadi Dan bakar 180c selama lebih kurang 1 jam (hingga masak)

Selamat mencuba. 


*tq cik umi utk resepi.

Saturday, September 14, 2013

SOLAT HAJAT

Bacaan yassin n solat hajat di masjid, utk pelajar2 PMR n SPM. Alhamdulilah selesai dengan sempurna.

Semoga anak-anak kita dipermudahkan dlm menjawab soalan peperiksaan nanti. Amin.

Thursday, September 12, 2013

Pancake jagung

Nikmati bersama Puan Hasnida, yg datang berkunjung, petang semalam.

Puan Hasnida, mai ambik anak tudung lace (inner lace) yg ditempah. Kaler koko n lace kaler grey, selamat melaram...nida..!!



Wednesday, September 11, 2013

Tuesday, September 10, 2013

Tempahan tudung syria.

Utk Puan Hafiza dr Singapore.

Untuk tudung syria, Puan Hafiza memilih warna DARK GREYdari fabric lycra serta batu2 kristal warna maroon n grey, serta untuk inner (anak tudung), juga dari fabric lycra dan ditampal/ dijahit lace utk tambahkan seri.

Untuk inner/ anak tudung...kaler yg mana yg menjadi pilih?? Utk dipadankan dengan tudung dark grey.



Batu kristal kaler maroon n grey.
Maaf gambar kurang jelas/cantik.


contoh - inner kaler Lt grey yg telah dijahit lace

Monday, September 9, 2013

Tempahan tudung syria - Puan Hanita Saleh dari Selangor.

Tudung syria lace 2layer dan inner lace.

Fabric utk tudung - rubber cotton (agak jarang) dan fabric lycra utk layer di bahagian bawah.

Fabric utk inner - lycra dan lace

Thursday, September 5, 2013

Tudung syria Kristal

Untuk perhatian Puan Hafiza (Singapore)

V shape
U shape

Batu kristal

Pelbagai bentuk n warna

Tudung grey n inner pink,  batu kristal warna maroon n putih cair.

Tudung grey n inner hitam, batu kristal warna maroon n putih cair.

Wednesday, September 4, 2013

Tudung syria kristal n inner lace

tudung syria kristal n inner lace digandingkan mmg comei..

Inner lace - rm22

Syria kristal -rm85

Pos - rm6

Kaler - grey n koko