Assalamualaikum, semoga aktiviti seharian kita mendapat kerahmatan drp Allah. Sebenarnya apa yg hendak dikongsikan oleh chek macam biasa... "puisi"...kan chek ni suka merapu..!!
Setiap kali, chek menyiapkan tudung syria, tersentap jua hati teringatkan umat Islam di Syria!!. Ketenangan tiada lagi disana, mereka sentiasa dirundung kerisauan. Bumi ambiak bermandi darah drp insan yg tidak berdosa...kesian terutama kanak-kanak. Sedih...maka ternukilah puisi ini utk tatapan... Kepada yg sudi..
SIAPA YG BERDOSA...SYRIA!!??
Bau hanyir darah bertebaran dibawa angin ke setiap sudut dunia
Jerit pekik anak-anak kecil berlarian tanpa arah tujuan lagi
Tangisan sendu, ibu dan gadis, merayu belas, tak diindahkan...!!
Pemuda perkasa menyerah nyawa berjuang di bumi mu Syria.
Aku disini, melihat dikaca tv
Dia disana menjengok diFb dan di You Tube.
Engkau bagaimana??
Kamu mengapa berdiam saja !!
Kata mu "kita tak mampu buat apa-apa.!!
Insan muslim, diseksa...dibunuh kejam
Di zalimi..
Mayat-mayat dibakar
Wanita diperkosa
Ditanam hidup-hidup
Dikerat dan dipotong
Manusia durjana itu kehausan darah
Mereka menghirup...darah para syuhada.
Bersimbah darah para syahid, dibumi ambiak ...Dan menjadi debu dengan
Kemusnahan kesan sejarah...dibumi Syria
Aku berdosa
Pada mu Syria
Sebab tidak berdoa...!
Aku membatu
Dia membisu
Kita hanya menunggu dan menunggu
Khabar gembira dari
SYRIA..."semoga sungai darah yang mengalir disana akan segera kering."!!
*Ya Allah Bantu lah umah Islam diSyria, semoga segera berakhir segala kekalutan dan Keamanan kembali semula. Amin.
Normazalamuna
21.9.2013.
Penang.
No comments:
Post a Comment