Monday, February 11, 2013

NASI LEMAK melbourne (coconut rice)

Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
buang emak, buang saudara
kerana kasih, hamba turutkan




tersebutlah kisah......chek pun ikutlah (turutkan) boyfren (sah dah aaihh jadi laki chek naaa.. !!) chek merantau ke Melbourne Australia. Buah tangan yg jadi kenangan nasi lemak  telah diubahsuai jadi "nasi lemak melbourne"





pasai apa chek panggil nasi lemak melbourne !  chek tukaq timun kepada LETTUCE! tu la pasai chek panggil NASI LEMAK MELBOURNE. Apabila chek masak aja, nasi lemak....chek dah tak letak timun dahhhh....selalu chek ganti dengan lettuce....(mcm la kat penang tak dak lettuce..!! tu la..!!)




"kekasih" - dah sah jadi suami baru boleh ikut pi mana pun tau..ke langit ka, bulan bintang ka..lautan ka..!!.( Buat renungan adik2 remaja).


 

1 comment:

  1. Salam Muna. Nasik lemak berlettuce tu, hehe. Tambah plak dapat ayam part sayap tu, ai laik! :D

    ReplyDelete