Saturday, October 13, 2012

GULAI IKAN KERING (ikan masin) mother-in-law.

Masak-masak ni bukan lah chek suka sangat. Sayang dapuq! Boyfen chek kata.. "buat dapoq  tak
masak, buat apa????  Demi my family, aku rela... Chek duduk serumah dengan my mother-in-law lama juga, eem 8 - 9 tahun, banyak resepi dari dia yg chek belajaq n pratikkan. Masakan beliau ringkas tapi sedap, x payah nak duduk berjam didapur..eemm. tetiba rasa nak kongsi resepi gulai ikan kering, resepi dr my mother-in-law. (arwah Puan Azizah Bt Shurffuddin) al-fatihah buat beliau. amin.

Memang simple dan sedap. jom tengok resepi..



1 pkt rempah kari ikan babas
1 pkt rempah kari udang n ikan kering adabi
campuq dua-dua dgn 3 gelas air n masak dgn 3 ulas bawah putih diketuk. 
                        masak sampai rempah bau wangi n bertukar warna (sedikit keperangan)


masukkan 3 caw santan, letak carot dan biaq mendidih. pas tu letak lah ikan masin talang (ikut suka nak letak berapa keping ikan) n sayur-sayuran spt nenas, tomato, bawang besar yg dibelah 4 dan kacang panjang (chek x letak) serba sikit dan biaq sat. Letak jugak cabai hijau 2 - 3 biji. Garam x yah bubuh sbb ikan tu dah masin.


                                              

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


TUMIS DARAT.

yg ni pulak, 5 sudu besar minyak masak, panaskan minyak, (dlm kuali yg berasingan) masukkan bawang kecil n halba campuq goreng sat.  bila bawang dah kuning sikit, letak daun kari n cili kering 4 - 5 biji, goreng lagi, pas tu cepat 2 curahkan kedalam periuk gulai tadi. (hati-hati dgn minyak yg panas tu). Siap masak boleh makan dengan nasi putih, buat lah sambal belacan cikit dan goreng ikan sardin..uummpp memang kena gu" dia. 2 - 3 pinggan nasi mestiiiii....


Laaa...mana gambaq gulai ikan kering yg dah siap masak,  p mana pukakkk, ya Allah lupa nak snappp...! sori. Ini mmg bukan blog masak-masak...mcm Puan Azita, Puan CT Delima dan Mat Gebu
yg sempurna...x teringgal n terlupa. Tahniah utk mereka.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2 comments:

  1. mona,Arwah kak ipoh memang pandai masak,sedap pulak tu.dan x kedekut ilmu.kami kalau arwah offer makan memang x lepas.

    ReplyDelete
  2. Gulai ikan kering memang bestlah.

    Al-Fatihah buat arwah ibu mertua Mona.

    Terima kasih sudi ke blog akak :)

    ReplyDelete