Saturday, July 28, 2012

ALLAH (Aku n Dia)

Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri, buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi. Jangan kita terlalu mengikut emosi kemarahan dan keegoan kerana menambah kekusutan dijiwa dan akan terpancar di air muka nampak kusam dan tidak ceria. Beralah bukan bererti kalah ! Kembali kepada hukum al-quran, beri dan menerima kemaafan. Kita adalah insan yang lemah dan sering melakukan kesilapan.









Diribaan ku sepi
mengundang sayu yang bisu
soalan tiada pada ku
jawapan tiada pada mu

ujian mendatangi ku
kau tiada merasa
nurani dan naluri, hanya mampu berkata

Aku insan ciptaanNya
penuh rahsia.
Dia tahu, yang terbaik untuk kita
siapa kita menyoal kenapa dan mengapa

ku pohon kepada mu Allah
pertolongan dan perlindungan dari menyesatkan
aku takut pada pedih azab Mu
ku pegang erat surah 186 (al Baqarah)
ku semat dihati biar kemas jangan lepas

Walau apa pun,
dapat ku lihat senyumnya
dapat ku sentuh tangannya
dapat ku usap rambutnya
"nikmat yang mana yang patut aku dustakan" (ar-Rahman)
bila tiba masa, tidak berganjak sesaat pun aku akan kembali
menemuiNya pada cinta sebenar.



*Dan apabila hamba-hamba Ku  bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Ku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku. Hendaklah mereka mengikut perintah Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperolehi kebenaran. 186 al Baqarah)


normazalamona
Permatang Pauh
10hb Mac 2010.

Friday, July 27, 2012

Melbourne daku rindu pada mu.

entah mengapa rindu sangat, teringat2 masa berpuasa di Melbourne, masa tu winter, buka puasa awaii ! Masa dok disana rindu Malaysia.. teringat pasar ramadhan dan nasi kandaq (yg ni boyfren akak suka). Itulah kelemahan kita  bernama manusia !!! TQ ALLAH, kerana telah memberi seribu pengalaman dirantau orang. Puasa, waktu berbuka, azan, mengaji, tarawih dan sebagainya 100% kena diusahakan bersungguh2 dari diri kita sendiri. Mengajar Farisa berpuasa dan pada yang sama dia harus kesekolah, bayangkan semua pelajar2 yg lain tidak berpuasa! ooopppss terus kepada puisi la..kalau nak tulis satu buku tak cukupp..he..he. nanti akak akan cerita lagi ok.





akak letak gambar koala..boleh la !! hanya di Australia aje ada koala, cute kan.!!!


MELBOURNE

aku datang kepada mu
atas doa dan restu
aku datang kepada mu
untuk mengubat lara ku
aku datang kepada mu
untuk merasai manis hidup

aku disambut dengan
hujan renyai
membasuh seluruh kekerohan dalam jiwa ku

aku disambut dengan
kehangatan yang indah
"picnic" diantara "park"
yang menghijau

kini aku dikelilingi
dedaun berguguran
di musim ini
jiwa ku diruntun
kerisauan
aku akan kembali didaerah
yang asing dan sepi
aku akan kembali

Melbourne
kau merawat jiwa
kau menceria rasa
kau memberi peluang
aku merasa manisnya strawberri

aku akan datang lagi pada mu
kerana aku rindu
sentuhan angin Heidelberg


normazalamona
Permatang Pauh
16 jun 2006

*  boyfren akak bertugas di Austin Hospital terletak di Heidelberg, disini lah kami tinggal selama setahun.

Sunday, July 15, 2012

pada sebuah janji yang tertulis


kemanisan hidup yang memeluk diri
tiba-tiba terasa pahit dan kelat
aku TERPALING SEBENTAR CUMA
pada sang bayu mengulit lena hidupku
tiba-tiba datang taufan menerpa
menampar bertalu-talu ke muka dan merobek setiap inci tubuhku
dan kesakitan serta keseksaan
yang bertandang "sebentar" diruang kamar hidupku
terasa panjang dan lama
aku kelemasan pada nafas yang tersekat-sekat.


sakitnya nyawa!
tiada perkataan dan kata-kata
bisanya mencucuk ke dada
sakitnya nyawa!
berderai airmata menyambut, umpama serpihan kaca
yang menusuk kedalam jiwa
yang berdarah membuak dan mengalir
bersama kesedihan yang sukar ku tafsirkan


TUHANKU
terasa kurangnya diri
kalau dipanggil Ilahi
mana amalan ku?
mana solat ku?
mana puasa ku?
mana zakat ku?
mana haji dan umrah ku?
maafkan daku Ya Allah
Maafkan daku Rabulalamin
aku tahu dan  percaya sepenuh jiwa
kau berada dekat dengan ku.


YA ALLAH
doa yang Kau kabulkan
ucapan syukur berulang kali
sebuah keajaiban yang Kau anugerahi
dalam berjuta hanya satu yang kau pilih
adalah diri ku


kesakitan ini membasuh dosa ku?
tiada jawapan pada ku
tiada jawapan pada sesiapa pun
engkau Maha tahu Tuhan ku


disini sebuah janji kusimpul mati
disini sebuah  janji ku patri
tidak akan ku siakan nafas ini
tidak akan ku abaikan denyut jantung ini


kumulakan semula langkah barakah yang  sungguh bererti
bersama zuriat akhir yang kau beri
akan ku pimpin tangan comel itu
atas sebuah janji
pada namu mu YA ALLAH.


normazalamona
alamaya penang
2011


puisi ini akak tulis semasa sahabat yang paling akak sayang dan hormati, diuji Allah dengan
bertarung nyawa mengalami kesakitan, dan dari penceritaannya (Puan Zuraida)  akak lakarkan puisi ini, akak letak diri  sendiri di situasi itu. mungkin kurang tepat harap maaf adinda Zuraida.

Monday, July 9, 2012

Salam Ramadan










SEDEKAH & CABARAN

Assalamualaikum, kepada sahabat-sahabat yg dihormati, blog aljannah munasafar, pada mulanya dilayarkan kerana, bertujuan memasarkan tudung syria dan shawl. Alhamdulilah menerima sambutan
baik dari rakan-rakan dan saudara-mara. Walaupun dipasaran bersepah tudung ada dijual, namun begitu kawan2 tetap memberi sokongan, TQ. Dunia tetap dunia, ada juga suara2 yg tak sedap didengar  sampai di telinga akak, tak paaaa sabarrr! itulah cabaranya. Sahabat-sahabat sekelian,  izinkan akak bercerita sedikit, minta dijauhkan sifat riak, insyaallah, cuma ingin berkongsi, apabila berlakunya jual beli, tudung-tudung syria dan shawl aljannah munasafar pembelian 2011 n 2012, diberikan kepada yang memerlukan walaupun tak sebanyak mana! Mahukah akak sebut satu persatu, atau akak rahsiakan saja? yang pasti ianya kejalan yang diredhai. Akak berasa gembira bila melihat sahabat2 sekelian menyarung tudung aljannah dan disamping itu secara tidak langsung, kawan2 telah menyumbang "sedekah" semoga kita bersama mendapat ganjarannya. (pahala)


MOHON MAAF

Kadang-kadang akak jadi takut, kalau2 termakan dua tiga ringgit, duit aljannah yang patut di dermakan, tapi akak kembali kepada Allah, "Ya Allah maafkan daku jika itu berlaku, aku insan yang lemah" tapi akak cuba sedaya upaya agar berlaku sejujur-jujurnya mengendalikan jualan tudung aljannah. Halalkan lah jika terguna duit dari jualan tudung2 aljannah munasafar dan yang selebihnya akak jadikan modal semula membeli kain, batu kristal, benang dll utk membuat tudung. Minta ampun dunia akhirat.











MENERIMA TEMPAHAN TUDUNG & MENULIS PUISI

Lama betul tak post gambar2 tudung baru, eeeem akak sibuk, " menerima tempahan tudung" syria kristal, daripada kawan2. TQ sekali lagi. Blog aljannah munasafar juga, menjadi ruang akak menulis semula puisi-puisi akak. Puisi akak berselerakan merata-rata, lalu akak terfikir mengapa tidak diletak diblog aljannah, jadilah blog caca- marba...he..he..tak pa kot..naaaa, sambil tengok tudung, boleh baca puisi.


POLKODOT DREAM & RAMADAN

Walaubagaimana pun akak, akan post kan gambar2 tudung terbaru aljannah munasafar (shawl) "polka-dot dream" tunggu sat naaa.., baru dok jahit. La ni semua tudung akak cari fabric sendiri, potong dan jahit sendiri, tidak lagi mengupah orang lain. Dengan rela hati, akak tutup tirai aljannah munasafar (tudung) seketika (puisi akan terus berkarya) bagi memberi tumpuan kepada kehadiran bulan ramadan dan  mari kita semarakannya dengan bacaan alQuran dan pada malamnya bersolat tarawih, insyaallah.



Akak akhiri, segala yang baik hanyalah datang daripada ALLAH, yang buruk, lalai, lemah n hina itu daripada akak sendiri.








 

ANAK - ANAK KITA

susah betul nak ambil gambar ketika hujan, akak ambil gambar dr dlm kereta, memang masa ni hujan renyai, (hujan tak nampak dlm gambar) awal pagi sekitar pukul 7.05 selepas hantar Muhammad Alif di sekolah Tun Hussein.


hujan malam tiada penghujung
menyambung subuh dingin.
anak-anak kita tidur lena
hingga ke pagi, hujan berhenti


anak-anak kita di panggil ibu
berkali-kali, untuk ke sekolah
mengalas bag, berkereta, berbasikal dan berjalan kaki.


ini anak ku
itu anak dia
yang berkata dibenak hati kita.


hujan semalaman, berlopak dibahu jalan
anak - anak kita yang berkereta,
tolong perlahan seketika, kasihani mereka
nanti terpercik air ke muka dan basah baju putih,
anak - anak kita.
meredah hening pagi
berbasikal dan berjalan kaki.


semua itu anak-anak kita
sematkan dihati mereka
menuntut ilmu hanya kerana Allah,
berkat sampai ke akhir hayat


itu anak kamu
ini anak aku
jangan begitu kawan ku!
mereka itu penyambung waris bangsa dan agama
jangan kau ajar anak-anak kita beza membeza
itulah dia "anak-anak kita".








normazalamona 
Alamaya, Penang.
9hb julai 2012

Monday, July 2, 2012

EHSAN






melihat kejayaan
bukan lagi hairan
banyak jalan singkat
dan tiada lagi kejujuran

penipuan menjadi biasa
kebenaran sukar diterima
dari kejujuran yang terhakis
dari kepercayaan yang nipis

riba wadah untuk genggam kejayaan
menjadi hidangan harian
sujud tidak lagi "khusyuk"
hatinya bercabang
tiada lagi takut "Tuhan"

mendengar ceramah
berpaling selangkah
mengutuk mengata
jadi biasa

tanya diri sendiri
mana perginya ehsan
pada hati dan mata mu?


normazalamona (Alamaya Penang)   23hb nov 2010.