Sunday, July 15, 2012

pada sebuah janji yang tertulis


kemanisan hidup yang memeluk diri
tiba-tiba terasa pahit dan kelat
aku TERPALING SEBENTAR CUMA
pada sang bayu mengulit lena hidupku
tiba-tiba datang taufan menerpa
menampar bertalu-talu ke muka dan merobek setiap inci tubuhku
dan kesakitan serta keseksaan
yang bertandang "sebentar" diruang kamar hidupku
terasa panjang dan lama
aku kelemasan pada nafas yang tersekat-sekat.


sakitnya nyawa!
tiada perkataan dan kata-kata
bisanya mencucuk ke dada
sakitnya nyawa!
berderai airmata menyambut, umpama serpihan kaca
yang menusuk kedalam jiwa
yang berdarah membuak dan mengalir
bersama kesedihan yang sukar ku tafsirkan


TUHANKU
terasa kurangnya diri
kalau dipanggil Ilahi
mana amalan ku?
mana solat ku?
mana puasa ku?
mana zakat ku?
mana haji dan umrah ku?
maafkan daku Ya Allah
Maafkan daku Rabulalamin
aku tahu dan  percaya sepenuh jiwa
kau berada dekat dengan ku.


YA ALLAH
doa yang Kau kabulkan
ucapan syukur berulang kali
sebuah keajaiban yang Kau anugerahi
dalam berjuta hanya satu yang kau pilih
adalah diri ku


kesakitan ini membasuh dosa ku?
tiada jawapan pada ku
tiada jawapan pada sesiapa pun
engkau Maha tahu Tuhan ku


disini sebuah janji kusimpul mati
disini sebuah  janji ku patri
tidak akan ku siakan nafas ini
tidak akan ku abaikan denyut jantung ini


kumulakan semula langkah barakah yang  sungguh bererti
bersama zuriat akhir yang kau beri
akan ku pimpin tangan comel itu
atas sebuah janji
pada namu mu YA ALLAH.


normazalamona
alamaya penang
2011


puisi ini akak tulis semasa sahabat yang paling akak sayang dan hormati, diuji Allah dengan
bertarung nyawa mengalami kesakitan, dan dari penceritaannya (Puan Zuraida)  akak lakarkan puisi ini, akak letak diri  sendiri di situasi itu. mungkin kurang tepat harap maaf adinda Zuraida.

No comments:

Post a Comment