entah mengapa rindu sangat, teringat2 masa berpuasa di Melbourne, masa tu winter, buka puasa awaii ! Masa dok disana rindu Malaysia.. teringat pasar ramadhan dan nasi kandaq (yg ni boyfren akak suka). Itulah kelemahan kita bernama manusia !!! TQ ALLAH, kerana telah memberi seribu pengalaman dirantau orang. Puasa, waktu berbuka, azan, mengaji, tarawih dan sebagainya 100% kena diusahakan bersungguh2 dari diri kita sendiri. Mengajar Farisa berpuasa dan pada yang sama dia harus kesekolah, bayangkan semua pelajar2 yg lain tidak berpuasa! ooopppss terus kepada puisi la..kalau nak tulis satu buku tak cukupp..he..he. nanti akak akan cerita lagi ok.
akak letak gambar koala..boleh la !! hanya di Australia aje ada koala, cute kan.!!!
MELBOURNE
aku datang kepada mu
atas doa dan restu
aku datang kepada mu
untuk mengubat lara ku
aku datang kepada mu
untuk merasai manis hidup
aku disambut dengan
hujan renyai
membasuh seluruh kekerohan dalam jiwa ku
aku disambut dengan
kehangatan yang indah
"picnic" diantara "park"
yang menghijau
kini aku dikelilingi
dedaun berguguran
di musim ini
jiwa ku diruntun
kerisauan
aku akan kembali didaerah
yang asing dan sepi
aku akan kembali
Melbourne
kau merawat jiwa
kau menceria rasa
kau memberi peluang
aku merasa manisnya strawberri
aku akan datang lagi pada mu
kerana aku rindu
sentuhan angin Heidelberg
normazalamona
Permatang Pauh
16 jun 2006
* boyfren akak bertugas di Austin Hospital terletak di Heidelberg, disini lah kami tinggal selama setahun.
No comments:
Post a Comment