susah betul nak ambil gambar ketika hujan, akak ambil gambar dr dlm kereta, memang masa ni hujan renyai, (hujan tak nampak dlm gambar) awal pagi sekitar pukul 7.05 selepas hantar Muhammad Alif di sekolah Tun Hussein.
hujan malam tiada penghujung
menyambung subuh dingin.
anak-anak kita tidur lena
hingga ke pagi, hujan berhenti
anak-anak kita di panggil ibu
berkali-kali, untuk ke sekolah
mengalas bag, berkereta, berbasikal dan berjalan kaki.
ini anak ku
itu anak dia
yang berkata dibenak hati kita.
hujan semalaman, berlopak dibahu jalan
anak - anak kita yang berkereta,
tolong perlahan seketika, kasihani mereka
nanti terpercik air ke muka dan basah baju putih,
anak - anak kita.
meredah hening pagi
berbasikal dan berjalan kaki.
semua itu anak-anak kita
sematkan dihati mereka
menuntut ilmu hanya kerana Allah,
berkat sampai ke akhir hayat
itu anak kamu
ini anak aku
jangan begitu kawan ku!
mereka itu penyambung waris bangsa dan agama
jangan kau ajar anak-anak kita beza membeza
itulah dia "anak-anak kita".
normazalamona
Alamaya, Penang.
9hb julai 2012
No comments:
Post a Comment