Saturday, July 28, 2012

ALLAH (Aku n Dia)

Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri, buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi. Jangan kita terlalu mengikut emosi kemarahan dan keegoan kerana menambah kekusutan dijiwa dan akan terpancar di air muka nampak kusam dan tidak ceria. Beralah bukan bererti kalah ! Kembali kepada hukum al-quran, beri dan menerima kemaafan. Kita adalah insan yang lemah dan sering melakukan kesilapan.









Diribaan ku sepi
mengundang sayu yang bisu
soalan tiada pada ku
jawapan tiada pada mu

ujian mendatangi ku
kau tiada merasa
nurani dan naluri, hanya mampu berkata

Aku insan ciptaanNya
penuh rahsia.
Dia tahu, yang terbaik untuk kita
siapa kita menyoal kenapa dan mengapa

ku pohon kepada mu Allah
pertolongan dan perlindungan dari menyesatkan
aku takut pada pedih azab Mu
ku pegang erat surah 186 (al Baqarah)
ku semat dihati biar kemas jangan lepas

Walau apa pun,
dapat ku lihat senyumnya
dapat ku sentuh tangannya
dapat ku usap rambutnya
"nikmat yang mana yang patut aku dustakan" (ar-Rahman)
bila tiba masa, tidak berganjak sesaat pun aku akan kembali
menemuiNya pada cinta sebenar.



*Dan apabila hamba-hamba Ku  bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Ku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku. Hendaklah mereka mengikut perintah Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperolehi kebenaran. 186 al Baqarah)


normazalamona
Permatang Pauh
10hb Mac 2010.

No comments:

Post a Comment